kali ini puding cendol ni , di order oleh kak marlini sempena bulan ramadhan .. untuk puding cendol ni , jommm saya share resepi nya .
Puding Cendol
Bahan-bahannya:-
1/2 paket serbuk agar ( adda gunakan 20gm )
1500 liter air
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair @santan
2 cawan cendol
1 cawan gula merah
1/2 cawan kacang merah
Cara-cara
1- masakkan serbuk agar-agar dan air sehingga mendidih.
2- masukkan gula dan biarkan mendidih lagi kemudian tapiskan
3 -Bahagikan kepada 2 bahagian .
4- untuk bahagian pertama di panaskan dan masukkan susucair@ santan dan kacang merah serta cendol dan kacang merah..
5- kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan yg di sukai .
6- Bahagian yang satu lagi di panaskan dan masukkan gula merah
7- kacau rata dan tapiskan kemudian masukkan ke dalam acuan yg sama setelah adunan pertama tadi sejuk 8-Masukkan ke dalam peti ais utk d sejukkan ..
selamat mencuba
Wednesday, July 25, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment