Salam ..
Kali ini entry untuk Apam plak . Apam ini adalah penutup untuk order tahun 2012 . Bila di kira-kira balik , adda rasa hampir lebih dari 7000 apam yang ada berjaya sepanjang tahun ini, Itu yang adda catat dalam buku note adda, ada jugak order yang adda x take down kuantiti dalam buku note adda.
Alhamdullilah syukur pada ALLAH, yang beri adda bakat membuat apam ini . Buat apam mmg nmpk senang , tpi untuk menghasilkan yang terbaik , mcm2 dugaan kita terpaksa lalui. Ada kala jugak apam yang byk kali kita memberi hasil yang kurang baik seperti bantat, lukisan masuk ke dalam apam , Apam mekar ( walaupun mengunakan api yang kecil) dan apam x gebu seperti selalu.
Pernah satu malam adda terpaksa buat apam 3x adunan ( walaupun apam yang di order cuma 50 pcs shj) . Ini kerana adunan gula+ovalatte+Esen vanilla + telur tiba2 tak kembang walaupun di pkul hampir setengah jam ... mcm x percaya kan!! Tapi ini yang terjadi .. Buang adunan pertama dan teruskan buat adunan yang baru .. Hasil yang sama jugak .. Telur yang di pkul2 tak kembang2.. ALLAHUAKBAR !!
Sedih !! terus menangis !! Di tgh malam itu jgak adda call ibu . minta pendapat. Dengan tenang ibu , suruh adda bertenang dan jgn menangis . Mgkn itu ujian ALLAH untuk menguji kesabaran kita . Ibu nasihatkan selawat dan baca al-fatihah ketika mula memukul adunan .
Alhamdullilah .. Berjaya akhirnya untuk kali ke 3 .. Ingat nyer kawan2, Setiap yang berlaku ada sebabnya . Klu tak berjaya jangan terus give up !! usaha lagi !! Sbb dari tak berjaya itulah kita akan tahu punca sesuatu perkara dan dari situ kita akan belajar ..
Di harapkan 2013 , memberi rezeki yang lebih untuk adda dan sekeluarga .. Amin ..
So ini semua gambar2 polkadot apam yang di order oleh Pn lina dari Taman Mawar, Salak tinggi .
Saturday, December 29, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)








No comments:
Post a Comment